Tiga Termasuk Seorang Pelajar Sekolah Maut Melibatkan Kemalangan Lima Motosikal - Semasa | mStar

Tiga Termasuk Seorang Pelajar Sekolah Maut Melibatkan Kemalangan Lima Motosikal

JASIN: Tiga remaja maut dalam kemalangan melibatkan lima motosikal di Km 32 Jalan Kesang di sini malam Sabtu.

Mangsa yang meninggal dunia termasuk seorang pelajar sekolah menengah, Zafran Zainudin, 17, dari Kampung Air Baruk Jasin, manakala dua lagi Muhammad Nazri Musa, 18, dari tempat yang sama dan Muhammad Firdaus Ibrahim, 19, dari Kampung Air Panas, Bemban.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Che Suza Che Hitam berkata dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam itu motosikal yang dinaiki Muhammad Firdaus dari arah Jasin menuju Jalan Kesang hilang kawalan, lalu memasuki lorong bertentangan dan merempuh empat lagi motosikal yang datang dari hadapan.

"Kemalangan itu menyebabkan berlakunya rempuhan kuat menyebabkan dua daripada mangsa tersebut meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah manakala seorang lagi meninggal dunia di Hospital Jasin," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata dua mayat di tempat kejadian dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat manakala dua lain yang cedera masih dirawat di hospital itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain