Rakyat Patut Bangga Dengan Toleransi Kaum - Muhyiddin - Semasa | mStar

Rakyat Patut Bangga Dengan Toleransi Kaum - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia patut berbangga dengan sikap toleransi yang menjadi asas kepada perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini yang amat istimewa dan tidak akan mampu dinikmati di negara lain.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tanpa toleransi tentunya Malaysia tidak akan berdiri megah seperti sekarang ini.

"Justeru untuk memastikan apa yang kita nikmati pada masa ini dapat terus dinikmati pada masa akan datang, maka adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat Malaysia untuk terus saling hormat menghormati di atas platform toleransi," katanya dalam mesej sempena sambutan Thaipusam pada Selasa.

Muhyiddin berkata jangan sesekali memandang remeh kepentingan toleransi sesama kaum kerana ikatan perpaduan yang lemah akan menjadi punca timbulnya sikap permusuhan sekali gus memusnahkan usaha merapatkan kaum-kaum di negara ini yang dimulakan sejak negara mencapai kemerdekaan.

"Sehubungan itu, adalah menjadi harapan saya agar setiap nilai positif yang menyumbang kepada kesejahteraan dan keharmonian hidup antara kaum di negara ini akan terus menjadi keutamaan setiap rakyat Malaysia.

"Hayati dan laksanakan apa juga langkah yang boleh menguatkan lagi ikatan perpaduan di antara penduduk pelbagai kaum di negara ini," katanya.

Muhyiddin berkata satu lagi keunikan masyarakat Malaysia terserlah apabila kaum India beragama Hindu meraikan sambutan Hari Thaipusam - satu lagi tradisi yang dapat dilangsungkan hasil toleransi kaum yang dinikmati rakyat negara ini sejak dahulu lagi.

"Semua rakyat Malaysia maklum bahawa perayaan Thaipusam yang bermatlamatkan penyucian jiwa daripada segala dosa telah menjadi salah satu tarikan pelancongan di negara kita.

"Betapa uniknya apabila perayaan bersifat agama untuk kaum India ini berjaya menggamit minat orang luar untuk datang ke negara ini melihat sendiri sambutan yang diadakan secara besar-besaran.

"Saya pasti kedatangan pelancong untuk menyaksikan perarakan sempena Hari Thaipusam didorong oleh rasa kagum mereka betapa Malaysia yang agama rasminya Islam dan majoriti penduduknya juga beragama Islam tidak menghalang penganut agama lain meraikan perayaan keagamaan mereka dengan begitu meriah sekali," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain