Jadikan Ajaran Rasulullah Benteng Untuk Hadapi Cabaran:Muhyiddin - Semasa | mStar

Jadikan Ajaran Rasulullah Benteng Untuk Hadapi Cabaran:Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cabaran bagi umat Islam di Malaysia amat besar tetapi mereka tidak boleh leka atau hanyut dibawa cabaran tersebut kerana ini boleh menjurus kepada keruntuhan ummah.

Timbalan Perdana Menteri berkata mereka perlu menerapkan nilai-nilai murni termasuk mengukuhkan kepimpinan serta sahsiah diri sebagaimana yang disarankan Rasulullah SAW untuk menghadapi cabaran itu dengan penuh kejayaan.

Dalam perutusan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, Muhyiddin berkata; "Memperingati junjungan Baginda bukan pada hari ini sahaja dan bukannya sekali dalam setahun.

"Sebaliknya Rasulullah mesti sebati dengan diri kita, ajarannya pula mesti lekat di hati sehingga mampu menjadi benteng dalam menghadapi apa saja cabaran yang mendatangi umat Islam."

Muhyiddin berkata dalam konteks Malaysia, segala pembangunan fizikal telah disediakan oleh kerajaan manakala umat Islam pula mesti mempunyai kekuatan rohani untuk memastikan pembangunan yang seimbang.

Menyingkap perjuangan Rasulullah, Muhyiddin berkata Baginda mengutamakan kekuatan rohani bagi menunjangi pembangunan fizikal sehingga akhirnya terbentuk negara Islam yang dihormati dan disegani selain kepimpinan yang sehingga kini amat dikagumi kehebatannya.

Beliau menarik perhatian bahawa sambutan Maulidur Rasul pada hakikatnya merupakan platform untuk umat Islam menunjukkan kemurnian Islam itu sendiri serta membuktikan betapa mereka memelihara dan mengamalkan nilai-nilai murni sebagaimana yang dianjurkan Nabi Muhammad SAW.

"Sanjungi kehebatan Nabi Muhammad dan terapkan segala kekuatannya ke dalam diri kita semua dalam membantu menjadikan Malaysia sebuah negara yang disegani dan umat Islamnya sentiasa dipandang tinggi," tambahnya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain