Hasan Ali Umum Keputusan Rayu Keahlian PAS Petang Ini - Semasa | mStar

Hasan Ali Umum Keputusan Rayu Keahlian PAS Petang Ini

PETALING JAYA: Persoalan sama ada bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali akan merayu untuk kebali kepada PAS atau sebaliknya akan terjawab hari ini menerusi sidang media khas di kediamannya di Kuala Lumpur.

Penjelasan mengenai keputusannya itu bakal menentukan kedudukannya selepas ini sama ada mahu terus kekal dalam PAS atau bergerak aktif menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang akan ditubuhkannya yang dikenali sebagai 'Jati'.

Hasan yang dipecat daripada PAS pada 8 Januari lalu mempunyai tempoh sehingga Selasa ini untuk mengemukakan rayuan terhadap Majlis Syura yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagaimanapun sehingga Selasa lalu, Hasan mengesahkan bahawa beliau masih belum menerima sebarang pertuduhan ke atasnya berhubung pemecatannya itu.

Malah beliau turut mengesahkan tidak pernah diberi peluang untuk membela diri.

Artikel Sebelum

Hasan Ali Tolak Sertai Kita

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain