Dua Lelaki Ditahan, Dadah Bernilai Lebih RM1 Juta Dirampas - Semasa | mStar

Dua Lelaki Ditahan, Dadah Bernilai Lebih RM1 Juta Dirampas

TAIPING: Dua lelaki yang mengusahakan dusun durian ditahan dan polis merampas dadah jenis syabu bernilai lebih RM1 juta dalam serbuan di dua buah rumah di ladang durian di Taman Aun Say di sini, Selasa lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dua lelaki berusia 41 dan 43 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di kawasan itu pada pukul 4.30 petang.

"Hasil siasatan terhadap mereka, sejam selepas itu polis membuat pemeriksaan ke atas sebuah rumah lain yang dijadikan tempat memproses dadah dan menemui pelbagai peralatan serta bahan untuk membuat dadah," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping di sini, Jumaat.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di kedua-kedua rumah itu, polis menemui 3.69 kilogram syabu, 290 gram ekstasi, enam liter cecair methamphetamine, 20.5 kilogram ephedrine, alat penimbang dan pengedap serta peralatan memproses dadah.

"Selain itu polis turut menyita dua kereta, empat motosikal dan sebuah traktor dengan nilai keseluruhan sitaan lebih kurang RM132,000," katanya.

Noor Rashid berkata, rumah yang dibina di kawasan ladang durian itu dijadikan tempat memproses dadah sejak enam bulan lepas untuk dijual ke pasaran luar seperti di Kuala Lumpur.

"Tempat ini merupakan kawasan yang strategik dan mudah untuk mereka buat pemerhatian terhadap sesiapa yang masuk ke kawasan itu.

"Mereka juga mengusahakan ladang itu, jika ada permintaan baru mereka proses dadah," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati seorang daripada suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan pernah ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam manakala rakannya tidak mempunyai rekod jenayah.

Kedua-dua mereka kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain