Seru Untuk Perpaduan, Kesederhanaan - DAP - Semasa | mStar

Seru Untuk Perpaduan, Kesederhanaan - DAP

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

PUTRAJAYA: DAP menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengadakan perbincangan mengenai kesederhanaan.

Gesaan yang dibuat oleh pihak pembangkang itu berikutan penemuan bahagian badan babi yang ditemui di dua masjid di Kuala Lumpur minggu ini.

Penasihat parti, Lim Kit Siang berkata, sudah tiba masanya untuk Najib menyeru semua untuk bersatu bagi menentang pihak pelampau di negara ini.

“Kami menyeru kepada Perdana Menteri untuk mengadakan persidangan meja bulat melibatkan semua parti politik, agama dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada pertengahan Februari ini bagi menegaskan kesederhanan dan mengutuk semua tindakan menghina agama, terutama insiden pengecut yang meletakkan kepala babi di luar masjid.

“Ia merupakan tindakan yang menghina agama, dikutuk sekeras-kerasnya oleh semua rakyat Malaysia yang tidak mahu melihat negara ‘menjunam’ ke arah keganasan politik, permusuhan kaum dan persengketaan agama,” kata Lim dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain