PRU-13 Boleh Diadakan Bila-Bila Masa:Najib

MARANG: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.

Perdana Menteri berkata masa untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13 bergantung kepada banyak faktor.

"Pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.

"Buat masa ini, saya turun padang berjumpa rakyat, bukan sahaja saya tapi semua pemimpin kerana ini tanggungjawab sebagai pemimpin supaya rakyat tambah yakin kepada Barisan Nasional (BN)," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus kononnya Parlimen akan dibubar minggu depan untuk memberi ruang kepada pilihan raya umum ke-13.

Perdana Menteri yang enggan mengulas mengenai desas-desus itu, hanya berkata: "Mungkin satu hari nanti mereka dapat meneka dengan tepat. Dulu mereka teka 11.11.11 (11 November 2011) (pembubaran Parlimen), saya tak nak kata apa-apa, saya juga tidak menyangkal apa-apa," katanya.

Ditanya mengenai Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita) yang dibubarkan, Najib berkata beliau hairan kenapa parti itu terlalu cepat dibubar sedangkan ia baru sahaja ditubuh dan belum sekali pun diuji dalam pilihan raya umum.

"Kalau kita fikir dalam perjuangan soal menang atau kalah soal lain, kalau nak berjuang kita mesti ada ketahanan. Untuk teruskan perjuangan, apa-apa yang kita nak capai tidak mungkin dapat dizahirkan dalam masa yang begitu singat," katanya.

Beliau berkata BN tidak akan mencampuri urusan dalaman parti yang diketuai bekas anggota Umno Datuk Zaid Ibrahim itu dan hanya akan melihat langkah bekas angota parti itu seterusnya.

Terdahulu, Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam rangka lawatan kerja sehari ke Terengganu itu, menyampaikan baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, di sini, Jumaat.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Wanita Ditemui Mati Dijerut, Ditikam

Artikel Berikut

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain