Pasangan Suami Isteri Antara Ditahan Miliki Dadah, Senjata Api - Semasa | mStar

Pasangan Suami Isteri Antara Ditahan Miliki Dadah, Senjata Api

MELAKA: Sepasang suami isteri adalah antara empat yang ditahan kerana memiliki senjata api dan dadah di Bukit Rambai di sini, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Superitendan Salehhudin Abd Rahman berkata, kesemua mereka yang berusia antara 24 dan 44 tahun itu ditahan sepasukan polis dari bahagian Siasatan Jenayah Narkotik ketika sedang tidur dalam sebuah rumah sewa kira-kira pukul 9.30 pagi.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal, polis menemui dua paket plastik yang dipercayai mengandungi dadah jenis syabu dan 10 biji pil Yaba (syabu).

"Setelah pemeriksaan lanjut, polis menjumpai sepucuk pistol jenis Colt yang disembunyikan di bawah bantal dan selaras senapang Bramasia Super Sport CAL 177 yang disembunyikan di belakang peti sejuk," katanya pada sidang akhbar di sini, Jumaat.

Beliau berkata, polis akan menjalankan siasatan sama ada senjata api itu pernah digunakan dalam jenayah samun atau lain-lain jenayah sebelum ini.

Salehhudin berkata, tiga lelaki terbabit juga didapati positif dadah selepas saringan ujian air kencing manakala seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah dalam kes samun dan pecah rumah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Operasi Kesan Pati Tidak Daftar 6P Bulan Ini

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain

Spurs pecat Pochettino!