Nama Ahli Perniagaan India Dalam Dokumen Yang Dirampas - Semasa | mStar

Nama Ahli Perniagaan India Dalam Dokumen Yang Dirampas

SHAH ALAM: Beberapa dokumen tercatat nama Muthuraja a/l Allalkathan, ahli perniagaan India yang dilaporkan hilang di Malaysia sejak awal tahun 2010, adalah antara barang kes dirampas daripada pejabat guaman N.Pathmanabhan, tertuduh pertama dalam kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Dokumen berkenaan disahkan oleh saksi ke-97 pendakwaan, pegawai turus bahagian operasi khas (D8) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, pemangku ASP Koh Fei Cheow yang menyambung keterangannya di Mahkamah Tinggi di sini, Jumaat.

Antara barang kes dikemukakan di mahkamah dan dicam oleh Koh ialah dokumen mahkamah dan perjanjian jual beli antara Muthuraja dengan syarikat Southern Symphony Sdn Bhd dimiliki oleh Sosilawati serta surat kuasa kepada ahli perniagaan yang berasal dari Chennai itu.

Turut diserah kepada mahkamah dan dicamkan saksi tersebut ialah beberapa dokumen dengan tercatat nama Abdul Rahman Palil dan salinan cek yang dibayar kepada Pathma Nalli & Partners.

Koh menyambung keterangannya di hari ke-65 perbicaraan kes bekas peguam Pathmanabhan serta tiga pekerja ladang T Thilaiyalagan, R Matan dan R Khatavarayan yang didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Pathmanabhan, 42, Thilaiyalagan, 20, Matan, 21, dan Kathavarayan, 31, didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Muthuraja, 37, dilaporkan hilang sejurus selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada 18 Jan 2010.

Laporan mengenai kehilangan ahli perniagaan batu permata itu dibuat isteri keduanya S. Usharani, 26, pada 8 Sept 2010.

Usharani dijangka dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir yang akan disambung pada Rabu depan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Najib Tiba Di Terengganu Untuk Lawatan Sehari

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain