suria

Najib Tiba Di Terengganu Untuk Lawatan Sehari

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Razak tiba pagi ini untuk lawatan kerja sehari ke Terengganu.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said mengetuai lebih 1,000 orang di Lapangan Terbang Sultan Mahmud menyambut ketibaan Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada 9.15 pagi.

Najib memulakan lawatan dengan menyampaikan bantuan kebajikan masyarakat, bantuan 1Malaysia dan bantuan bot kepada nelayan di Rhu Rendang, Marang.

Pada tengah hari, beliau akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, di sini dan menghadiri jamuan rakyat di situ selain menyampaikan bantuan kepada nelayan di Batu Buruk.

Pada petangnya, Perdana Menteri akan menyertai aktiviti berbasikal dari Hotel Primula ke pasar minggu di Syahbandar sebelum menghadiri majlis perjumpaan tertutup dengan anggota Barisan Nasional (BN) semua peringkat.

Beliau dijadual pulang ke ibu negara selepas majlis itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain