suria

Pengusaha Ladang Kelapa Sawit Mati Ditembak

TEMERLOH: Seorang pengusaha tanaman kelapa sawit mati ditembak oleh seorang lelaki di ladangnya di Pertanian Malaysia Kampung Pomeh, Lanchang dekat sini tengah hari Rabu.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohamad Nor Mansor berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 12 tengah hari ketika mangsa, Lee Yam Seng, 56, bersama adik ipar lelakinya ke ladang itu untuk memasang generator di bangunan kediaman burung walitnya.

"Ketika mangsa sedang memasang generator, tiba-tiba datang seorang lelaki melepaskan empat das tembakan ke arah Lee yang terkena bahagian kiri perutnya dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkatalelaki tersebut yang menaiki sebuah kereta Proton Waja berwarna perak dikatakan terus memecut kereta tersebut ke arah Kuala lumpur.

Katanya mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh oleh adik iparnya namun disahkan meninggal dunia sebelum tiba di hospital.

Mohamad Nor berkata pihaknya yang menyiasat di tempat kejadian menjumpai dua kelongsong peluru serta peluru di tempat kejadiandan gerakan memburu suspek masih dijalankan. Menurutnya kesdisiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain