suria

Laporan Rosmah Boros Cerita Liar - Najib

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menolak dakwaan bahawa isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor membelanjakan kira-kira RM325,000 semasa membeli-belah di Sydney.

"Ia merupakan satu cerita liar yang direka dan sengaja dibesar-besarkan untuk menjejaskan persepsi rakyat tentang pemimpin mereka," kata beliau menerusi akaun twitternya pada Rabu malam.

Najib berkata demikian bagi memberi penjelasan kepada pengikut twitternya berhubung dakwaan sebuah blog bahawa Rosmah dianggarkan berbelanja di sebuah butik pakaian berlabel Carl Kapp berjumlah A$100,000 (RM323, 000).

Rosmah sebelum ini turut menafikan dakwaan beliau berbelanja bagi jumlah berkenaan di butik di Sydney, Australia.

Rosmah berkata beliau menjadi mangsa tuduhan liar yang disiarkan Sydney Morning Herald.

Kolumnis Andrew Hornery menerusi artikelnya memanggil Rosmah "wanita pertama membeli-belah' kerana didakwa membelanjakan A$100,000 di sebuah butik di Sydney.

Artikel Sebelum

Artikel Lain