suria

Bekas Pelajar Mahu Halang Tindakan Roboh Asrama

SHAH ALAM: Sekumpulan bekas pelajar Asrama Yayasan Selangor akan memohon perintah mahkamah bagi menghalang Yayasan Selangor daripada merobohkan Asrama Tun Dr Ismail dan Asrama Toh Puan Norashikin di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Penyelaras Gerakan 'Saya Anak Yayasan Selangor', Badrulzaman Baharuddin berkata, ikhtiar daripada segi perundangan itu perlu dilakukan bagi menyelamatkan asrama-asrama itu, yang telah banyak berjasa kepada anak-anak kelahiran Selangor.

Beliau berkata walaupun laporan akhbar Selangor Kini terbitan Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 12 Ogos 2011 menyatakan bahawa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ada menyebut Asrama Yayasan Selangor tidak akan diroboh, perintah mahkamah perlu dipohon bagi memastikan tindakan itu tidak dilakukan.

Mereka juga akan memohon perintah mahkamah bagi menghalang tapak asrama-asrama itu, yang seluas 3.2 hektar, ditukar syarat tanahnya daripada kegunaan pendidikan kepada kegunaan komersil atau sebagainya, katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Beliau berkata permohonan mahkamah itu akan difailkan dengan segera. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain