suria

Lynas Diberi Lesen Operasi Sementara

PETALING JAYA: Lynas Corp telah diberikan lesen operasi sementara oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) terhadap kontroversi pemprosesan nadir bumi di Kuantan, Pahang.

Dalam satu kenyataan lembaga pada Rabu berkata ia diputuskan dalam mesyuarat untuk meluluskan permohonan Lynas setelah mendapat maklum balas orang ramai.

"Permohonan telah diluluskan dengan beberapa syarat. Jika mana-mana daripadanya tidak dipatuhi, lesen boleh digantung atau ditarik balik, dan permohonan selanjutnya tidak akan dipertimbangkan," kata Setiausaha Eksekutif AELB, Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan.

Raja Aziz, yang juga pengarah-umum AELB berkata baki yang dihasilkan akan menjadi tanggungjawab syarikat itu dan jika perlu, akan dikembalikan kepada sumbernya di Mount Weld, Australia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain