suria

Dua Peniaga Ditahan Tawar Video Lucah Kepada Pelanggan

KUANTAN: Dua peniaga ditahan bersama beberapa buah komputer riba dan sebuah pemacu cakera keras yang mengandungi klip video lucah di sebuah premis telefon bimbit di sebuah pusat membeli belah di sini, Selasa.

Ketua Cawangan Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan, Kementerian Dalam Negeri cawangan Pahang, Mohd Naim Hashim berkata pihaknya bersama anggota polis telah melakukan pemeriksaan di beberapa premis dalam pusat membeli belah berkenaan pada 3.15 petang Selasa.

Katanya hasil pemeriksaan tersebut mendapati tiga daripada premis yang diperiksa, menawarkan perkhidmatan memuat turun klip video lucah ke dalam telefon bimbit pelanggan.

"Hasil pemeriksaan itu beberapa komputer riba dan sebuah pemacu cakera keras yang mengandungi lebih 1,300 klip video lucah dirampas," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Sehubungan itu katanya seorang pemuda dan seorang wanita berusia lingkungan 20-an turut ditahan kerana dipercayai menawarkan perkhidmatan itu kepada pelanggannya.

"Dua peniaga terbabit dipercayai menawarkan klip video lucah untuk dimuat turun secara pakej apabila pelanggan membeli atau membaiki telefon bimbit di premis mereka," katanya.

Mohd Naim berkatabagi mendapatkan pakej berkenaan, pelanggan perlu membayar lebih untuk memuat turun klip video berkenaan bergantung kepada keupayaan memori sesebuah telefon bimbit.

Menurutnya klip video lucah terbabit dipercayai diperolehioleh peniaga tersebut daripada orang perseorangan yang merakamaksi panas itu atau internet sebelum dikumpulkan menjadi satu koleksi besar untuk dijual.

Beliau berkata adalah menjadi satu kesalahan untuk memuatturun dan menyimpan klip video lucah dan mereka yangterlibat boleh didakwa mengikut Seksyen 5 Akta PenapisanFilem 2002 dan jika sabit kesalahan boleh didendasehingga RM50,000 atau dipenjara lima tahun. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain