SPNB Akan Bina 10 Ribu Unit Rumah Mesra Rakyat Tahun Ini - Semasa | mStar

SPNB Akan Bina 10 Ribu Unit Rumah Mesra Rakyat Tahun Ini

KUALA LUMPUR: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)akan menyiapkan pembinaan 10,000 unit rumah menerusi Projek Mesra Rakyat menjelang akhir tahun ini yang menelan belanja kira-kira RM650 juta.

Pengerusi SPNB Datuk Idris Haron berkata projek itu yang akan dilaksanakan menerusi Sistem Binaan Industri (IBS) dibiayai sepenunya oleh Bank Simpanan Nasional dengan mensasarkan 1,000 unit rumah setiap bulan.

"Pihak kami telah menjalinkan kerjasama dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) bagi memberi pengetahuan mengenai IBS kepada 300 kontraktor kelas F bagi fasa pertama projek itu.

"Untuk peringkat pertama, perkongsian maklumat mengenai teknologi terbabit dijalankan di Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan Perak, sebelum diperluaskan ke seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penggunaan Teknologi IBS bagi kontraktor kelas F di Pusat Konvensyen CIDB di sini, Selasa.

Beliau berkata sejak Disember tahun lepas sehingga kini pihaknya telah membina 1,200 unit Rumah Mesra Rakyat menggunakan sistem konvensional.

"Pihak kami optimis dapat mencapai sasaran 10 ribu unit rumah menggunakan IBS, sekaligus menambah keupayaan SPNB yang sebelum ini hanya mampu menyiapkan 2,500 unit rumah setiap tahun," katanya.

Ditanya mengenai Projek Pemulihan Rumah Terbengkalai beliau menjelaskan bahawa pihak SPNB kini tidak lagi dipertanggungjawab dengan projek pemulihan rumah terbengkalai sejak 28 Mac 2010.

"Projek Pemulihan Rumah Terbengkalai bukan lagi bidang tugas SPNB...hakikatnya memang itu tujuan utama SPNB tetapi kini tidak lagi. Pihak kami telahpun menyelesaikan 77 kes projek terbengkalai di seluruh negara dan buat masa ini ada enam lagi projek yang masih dalam proses pembinaan semula," katanya.

Sementara itu Pengurus Besar Kanan CIDB Sariah Abdul Karib berkata menerusi IBS, penggunaan tenaga manusia dapat dikurangkan kerana ia akan bergantung kepada sistem pengendalian mesin.

"Menerusi sistem IBS ini juga penggunaan tenaga buruh asing bagi sesuatu projek pembangunan itu akan dikurangkan," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Stor Kedai Kasut Di Pusat Beli-Belah Terbakar

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain