suria

Lelaki Maut, Lori Dipandu Terbabas

LAHAD DATU: Seorang lelaki maut selepas lori yang dipandunya terbabas sebelum melanggar tiang telefon di Km 14, Jalan Tawau-Lahad Datu, dekat sini Isnin.

Ketua Polis Daerah Lahad, Datu Superitendan Shamsudin Mat berkata, dalam kemalangan pukul 2 petang itu, Samsudin Arshad, 53, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Lahad Datu ke Tawau apabila kenderaan yang dipandunya hilang kawalan, katanya ketika dihubungi di sini.

Mayat mangsa di hantar ke Hospital Daerah Lahad Datu untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain