suria

Maskargo Sasar Pendapatan Sehingga RM2.4 Bilion Tahun Ini

SEPANG: MASkargo Sdn Bhd berhasrat mencapai pendapatan sebanyak RM2.4 bilion tahun ini meskipun dengan pertumbuhan lemah industri yang telah terjejas oleh ekonomi global yang tidak menentu, kata pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Yunus Idris.

Syarikat itu yang telah mencatatkan pendapatan RM2 bilion tahun lepas, menjangkakan lebih banyak jualan terutamanya daripada pasaran intra-Asia dan pada masa yang sama mengoptimumkan kos operasi.

"Kami akan mengembangkan pasaran kami dalam lingkungan Asia dan meningkatkan strategi jualan di Eropah dan Australia," kata beliau kepada pemberita di majlis makan tengahari untuk memperkenalkan Airbus A330-200F ketiga Maskargo, di sini, Isnin.

Beliau berkata, kapal terbang itu akan digunakan di tiga laluan Asia yang utama iaitu Pudong, Jakarta dan Sydney.

"Jika semua berjalan lancar, kita mungkin terbang ke Surabaya pada akhir bulan ini. Jadi, laluannya ialah dari Australia ke Surabaya dan kembali ke Kuala Lumpur," kata beliau.

Mohd Yunus berkata negara-negara berpotensi lain yang boleh ditembusi di Asia sebagai sebahagian daripada rancangan MASkargo tahun ini ialah Jepun, Korea Selatan dan China.

"Dalam suku ketiga dan keempat, kami mengintai pasaran India. Kami telahpun menjalankan beberapa kajian kemungkinan ke atas pasaran, saingan, hala tuju dan laluan," kata beliau.

Sementara itu, pesawat bersaiz sederhana Airbus A330 amat sesuai untuk pasaran Asia dan hampir padan dengan permintaan ke atas laluan.

Beliau menambah, yang pesawat baharu itu akan "banyak" digunakan untuk perniagaan sewa sebagai sebahagian strateginya dalam bergerak ke hadapan.

Beliau juga berkata, syarikat telah menjangkakan sumbangan pendapatan antara RM300 dan RM400 juta sebelum memperkenalkan Airbus A330.

MASkargo, cabang kargo kepada Malaysia Airlines, menerima fret A330 pertama dan keduanya pada bulan September dan November 2011. Fret keempatnya akan diterima pada bulan April tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari Yahya berkata kumpulan yakin yang MASkargo boleh terus mengukuhkan peranan kepimpinannya dalam industri kargo udara global dan serantau dalam tempoh 12 bulan ini.

"Kami telah menetapkan kekuatan yang mantap ke atas tahap produktiviti kami dan mengambil langkah menglobalisasikan operasi. Ini termasuklah meninjau destinasi baharu dan lebih banyak perjanjian sekutu syarikat penerbangan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain