Buku Mengenai Sejarah India Dilancar Rabu Ini - Semasa | mStar

Buku Mengenai Sejarah India Dilancar Rabu Ini

SHAH ALAM: Buku yang menyediakan pemahaman mengenai sejarah India dari zaman kuno hingga 1600 CE akan dilancarkan di ibu negara Rabu ini.

Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Ong Keng Yong berkata buku itu bertajuk "The Dancing Girl: A History of Early India" akan dilancarkan di Royal Lake Club, Taman Tasek Perdana, Kuala Lumpur.

Buku itu yang ditulis oleh mendiang Dr Balaji Sadasivan, yang juga Menteri Kanan Hal Ehwal Luar Singapura, menyediakan penjelasan secara terperinci mengenai sejarah orang India untuk rakyat berketurunan India yang dianggarkan lebih 25 juta orang di 110 negara.

"Bab-bab buku itu meliputi banyak aspek pentng mengenai sejarah orang India yang bermula dari budaya bandar kuno tamaduan Lembah Indus.

"Ia juga menyentuh dua hikayat Hindu, Ramayana dan Mahabharata serta pengasas agama Buddha dan Jainisme (fahaman agama Budhha dan fahaman Jainisme).

"Buku itu akan menggalakkan minat dalam penyelidikan berkaitan menjejaki asal usul keturunan India dan hubungan silam antara India dan dunia lain," katanya kepada Bernama.

Mengulas lanjut, Ong berkata beberapa naskah yang telah ditandatangani akan dilelong semasa pelancaran itu dan hasilnya akan disumbangkan kepada dua buah pertubuhan amal Malaysia, Pure Life Society dan Persatuan Orang Buta Malaysia.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam, yang mengikuti pengajian perubatan bersama-sama Dr Balaji di University of Singapore pada 1970-an, akan melancarkan buku itu.

Pelancaran buku itu dianjurkan oleh penerbitnya Institut Kajian Asia Tenggara (ISEAS) di Singapura dan disokong oleh Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur.

Ia diadakan dengan kerjasama Medico Legal Society of Malaysia dan Gandhi Memorial Trust of Malaysia.

Balu Dr Balaji, Dr Ma Swan Hoo dan pengarah ISEAS di Singapura, K. Kesavapany akan juga hadir pada majlis itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain