suria

Mayat Mangsa Lemas Di Baling Diitemui

BALING: Seorang lelaki berusia 25 tahun ditemui mati lemas di Sungai Kuala Muda berdekatan Kampung Belida, Kuala Ketil dekat sini selepas dilaporkan hilang oleh keluarganya Khamis lepas.

Mayat Mohd Yusof Mohamad, 25, ditemui pukul 1.25 pagi ini oleh penduduk kampung.

Mayat Mohd Yusof ditemui timbul di Sungai Kuala Muda berdekatan Kampung Belida sewaktu penduduk kampung meneruskan usaha mencari yang dilakukan sejak petang Jumaat.

Mangsa dari Kampung Kuala Darak, bersebelahan Kampung Belida.

Ketua Penjaga Balai Bomba Dan Penyelamat Balai Bomba Baling Abdul Kudus Malik memberitahu Bernama mayat mangsa ditemui pukul 1.25 pagi ini oleh penduduk tempatan yang meneruskan usaha mencari menggunakan sampan di kawasan tempat kejadian.

Kehilangan Mohd Yusof dilaporkan di Balai Polis Kuala Ketil oleh keluarga mangsa dua hari lepas setelah mengesyaki mangsa lemas di sungai itu.

Mayatnya dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk bedah siasat sebelum dituntut waris. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain