Elaun Bertugas Rela Naik RM2 Sejam - Najib - Semasa | mStar

Elaun Bertugas Rela Naik RM2 Sejam - Najib

SERDANG: Kerajaan bersetuju menaikkan elaun bertugas sukarelawan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) sebanyak RM2 sejam buat anggota berpangkat pegawai dan lain-lain pangkat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dan sentiasa mementingkan kebajikan rakyat, kerajaan sentiasa menjaga kebajikan semua pihak.

"Saya dah bincang dengan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri), dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Tan Sri Mahmood Adam), dan permohonan Rela (untuk naikkan elaun) itu bolehlah diluluskan segera," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di perhimpunan Perdana Rela bersama Perdana Menteri di Dewan Maeps, Serdang, di sini, yang dihadiri kira-kira 30,000 anggota Rela dari seluruh negara.

Difahamkan elaun bertugas bagi pegawai dan lain-lain pangkat Rela masing-masing ketika ini ialah RM5.80 dan RM4, dan kadar elaun yang baru diumumkan itu akan mula berkuat kuasa tidak lama lagi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Ulat tiket: Jangan beli!