suria

MAS-Qantas Dikatakan Mahu Bergabung Wujudkan Penerbangan Premium

KUALA LUMPUR: Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan Qantas dari Australia sedang memikirkan pengabungan tenaga untuk mewujudkan penerbangan premium yang akan beroperasi dari sini, demikian menurut sumber-sumber industri.

Menurut sumber itu, kedua-dua syarikat penerbangan berkenaan sepatutnya menandatangani memorandum persefahaman (MoU)pada Selasa tetapi kini tarikh tersebut telah dipinda ke satu tarikh lain.

MoU itu adalah bagi membolehkan MAS dan Qantas untuk menerokai dan mengenalpasti bidang-bidang kerjasama atau usahasama sebelum mereka bersetuju untuk melancarkan penerbangan premium.

Adalah difahamkan, kedua-dua belah pihak berminat untuk membuat pelaburan ekuiti seandainya mereka bersetuju untuk mewujudkan penerbangan premium ini dengan MAS sendiri berminat menguasai 51% pegangan.

Minat Qantas ke atas kerjasama ini adalah berasaskan keinginannya untuk memasuki pasaran Asia melalui platform penerbangan premium yang berpusat sama ada di Singapura atau Kuala Lumpur.

Ini bukanlah kali pertama MAS dan Qantas cuba untuk bekerjasama. Pada tahun 2008, ketika MAS diterajui Datuk Seri Idris Jala dan Geoff Dixon mengetuai Qantas mereka telahpun menerokai peluang-peluang ini tetapi tidak menjadi kenyataan.

Di dalam penyusunan semula organisasinya baru-baru ini, MAS telahpun mengumumkan hasratnya untuk mewujudkan penerbangan premium menjelang pertengahan tahun 2012 dengan pasaran Asia menjadi sasarannya.

Artikel Berikut

3,996 Calon Lulus STAM 2011

Artikel Lain