Majistret Rekod Pengakuan Tertuduh Di Wad Hospital - Semasa | mStar

Majistret Rekod Pengakuan Tertuduh Di Wad Hospital

KLANG: Seorang majistret merekodkan pengakuan tertuduh bagi satu kes tipu di wad Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini kerana ahli perniagaan itu sedang menerima rawatan di situ pada Jumaat.

Majistret Nor Kamila Aziz dari Mahkamah Majistret Shah Alam merekodkan pengakuan tidak bersalah Datuk Shamsubahrin Ismail, 46, yang didakwa memperdaya seorang wanita untuk membekalkan dua pembantu rumah dengan bayaran RM13,000 tahun lepas.

Shamsubahrin didakwa memperdaya Aina Noridar Abdullah, 45, di Maybank cawangan Persiaran Perbandaran Seksyen 14, Shah Alam pada 28 Julai 2011, bahawa pembantu-pembantu rumah yang dijanjikan itu benar-benar wujud sehingga menyebabkan wanita itu kerugian RM13,000 yang telah dimasukkan ke dalam akaunnya.

Pertuduhan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Majistret Nor Kamila di Wad 8A hospital berkenaan kerana Shamsubahrin menerima rawatan di hospital itu sejak tiga hari lepas kerana penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Peguambela tertuduh N.Surendran memberitahu pemberita di luar wad hospital bahawa Timbalan Pendakwa Raya Noor Husnita Mohd Radzi menawarkan jaminan sebanyak RM6,000 tetapi pihaknya merayu supaya ianya dikurangkan.

Majistret Nor Kamila mengenakan ikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes itu di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Majoriti Mahu AUKU Dipinda

Artikel Berkaitan

default image

Pekebun Nepal Bebas Tuduhan Bunuh

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain