suria

Djokovic Atasi Murray Untuk Mara Ke Final

Djokovic akan bertemu Rafael Nadal pada pusingan final Tenis Terbuka Australia.
Djokovic akan bertemu Rafael Nadal pada pusingan final Tenis Terbuka Australia.
Djokovic akan bertemu Rafael Nadal pada pusingan final Tenis Terbuka Australia.

MELBOURNE: Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic melangkah ke final kejohanan Tenis Terbuka Australia selepas menewaskan Andy Murray 7-5 pada set kelima.

Perlawanan tampak sengit apabila kedua-dua pemain sering bertukar mata.

Selepas kedudukan terikat 5-5, Djokovic membuktikan aksinya tiada tandingan apabila mengutip mata kemenangan.

Terdahulu, Djokovic mendahului set kelima dengan 1-0. Murray mengembalikan kedudukan 1-1 menerusi pukulan forehand.

Pemain Serbia itu berjaya mengutip satu mata, meletakkan kedudukan 2-1 sebelum Murray bangkit menyamakan kedudukan 2-2.

Pukulan servis Djokovic meletakkan dirinya di depan dengan kedudukan 3-2 pada set kelima. Murray kelihatan sedikit tertekan pada ketika ini.

Djokovic berada pada kedudukan selesa untuk mara apabila menambah satu lagi mata, mejadikan kedudukan 4-2.

Pemain No.1 dunia itu terus mendahului dengan 5-2 dan memerlukan satu mata lagi untuk mara ke final.

Pada set pertama, Djokovic menang 6-3 menentang sahabat karibnya, Murray.

Pemain dari Serbia itu kemudian mendahului Murray 2-1 dalam set kedua tetapi Murray berjaya merapatkan kedudukan menjadi 2-2 sekarang.

Terdahulu dalam perlawanan set pertama, Murray cuba bangkit dari ketinggalan 3-1 dengan merapatkan kedudukan kepada 3-2 tetapi lawannya itu berjaya menambah satu lagi mata menjadi 4-2.

Djokovic yang juga dikenali sebagai 'The Joker' kemudian mendahului sahabat karibnya itu 5-2 tetapi Murray berjaya mencuri mata menjadikan kedudukan 5-3 sebelum Djokovic berjaya menamatkan set pertama 6-3.

Perlawanan sudah pun berlangsung lebih sejam.

Pada set kedua dan ketiga, Murray yang berasal dari Scotland bangkit untuk menghidupkan peluang beraksi di final dengan mempamerkan pukulan bertenaga.

Murray menang 6-3 pada set kedua dan 7-6, set ketiga.

Enggan menyerah kalah, Djokovic bangkit memenangi set kempat, 6-1 dan memaksa perlawanan diheret ke set kelima.

Ekoran kemenangan itu, Djokovic akan bertemu Rafael Nadal yang berjaya menundukkan Roger Federer pada perlawanan separuh akhir, Khamis.

Djokovic yang merupakan pemain pilihan pertama dunia dan juga kejohanan bermain untuk mempertahankan kejuaraannya.

Manakala Murray pula yang merupakan naib juara tahun lalu bermain untuk merebut kejuaraan Grand Slamnya yang pertama selepas menjadi naib juara dua tahun berturut-turut di sini dan juga Terbuka Amerika pada tahun 2008.

Beliau adalah pemain pilihan keempat kejohanan.

Pemenang perlawanan ini akan bertemu dengan pemain nombor dua dunia, Rafael Nadal yang menumpaskan bekas pemain nombor satu dunia, Roger Federer dalam empat set pada Khamis.

Perlawanan akhir akan berlangsung Ahad ini.

Artikel Berikut

3,996 Calon Lulus STAM 2011

Artikel Lain