suria

Bekas Perunding NFCorp Didakwa Tipu Pemandu Teksi RM90,000

KLANG: Bekas perunding National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Shamsulbahrin Ismail pada Jumaat didakwa atas tuduhan menipu seorang pemandu teksi.

Tuduhan terhadap Shamsulbahrin, 46, dibuat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di sini kerana keadaan kesihatannya.

Shamsulbahrin mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menipu seorang pemandu teksi untuk melabur sebanyak RM90,000 dalam syarikat pelaburan yang tidak pernah wujud.

Beliau didakwa melalukan kesalahan itu pada 24 Mac 2010.

Majistret Hurman Hussain membenarkan Shamsulbahrin diikat jamin sebanyak RM9,000 dan menetapkan 27 Februari ini untuk sebutan semula kes.

Shamsulbahrin dimasukkan ke hospital berkenaan tiga hari lalu atas masalah kencing manis dan jantung.

Pada Disember tahun lalu, ahli perniagaan itu didakwa atas dua pertuduhan menipu Pengerusi Pusat NFCorp, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Shamsulbahrin dipercayai memperdaya Mohamad Salleh untuk membayar perkhidmatannya di sebuah restoran di Bukit Tunku pada pukul 6 petang, 20 November 2011.

Beliau ditahan pada 21 Disember apabila dia didakwa cuba menyogok beberapa pegawai kanan polis yang mengendalikan siasatan NFC dengan wang berjumlah kira-kira RM1.7 juta bagi mengelak daripada ditahan.

Artikel Berikut

3,996 Calon Lulus STAM 2011

Artikel Lain