suria

Remaja Lelaki Dihadapkan Ke Mahkamah Atas Tuduhan Bunuh

JOHOR BAHARU: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas tuduhan membunuh seorang remaja perempuan di Taman Kempas di sini, awal bulan ini.

Remaja bawah umur itu didakwa menyebabkan kematian C. Sivaranjini, 18, di sebuah rumah di Taman Kempas, kira-kira 9.30 pagi, 11 Jan lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh di hadapan Majistret Md Isa Mohamed.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 15 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khazrin Haffiz Khalil. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain