suria

Nazir Razak Dilantik Presiden Pesuruhjaya CIMB Niaga

KUALA LUMPUR: Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak telah dilantik Presiden Pesuruhjaya CIMB Niaga pada mesyuarat agung luar biasa pemegang saham di Jakarta pada Khamis.

Dalam satu kenyataan, bank itu turut mengumumkan pelantikan Glenn Muhammad Surya Yusuf sebagai Naib Presiden Pesuruhjaya.

Kedua-dua pelantikan berkuat kuasa sebaik mendapat kelulusan Bank Indonesia.

Kenyataan itu juga menyatakan pelantikan Nazir sebagai Pengerusi Lembaga Pesuruhjaya di CIMB Niaga tekal dengan kepentingan yang semakin berkembang anak syarikat milik penuh kumpulan CIMB itu.

CIMB Niaga menyumbang kira-kira 30 peratus daripada keuntungan pracukai Kumpulan CIMB bagi tempoh sembilan 2011. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut