suria

Empat Lagi Universiti Tempatan Diberi Kuasa Autonomi

PUTRAJAYA: Empat lagi universiti tempatan telah diberi kuasa autonomi oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam usaha untuk menjadi institusi berinovasi.

Kempat-empat universiti itu adalah Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia and Universiti Putra Malaysia.

"Universiti tersebut akan diberi kuasa autonomi dalam bidang urus tadbir, kewangan, sumber manusia dan pengurusan akademik serta pengambilan pelajar," kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selepas pada majlis amanat Tahun Baru 2012 KPT di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Khamis.

Awal bulan ini, Mohamed Khaled mengumumkan bahawa Universiti Teknologi Malaysia telah diberikan kuasa autonomi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain