suria

Dua Rumah, Dua Gerai Musnah Dalam Kebakaran

KANGAR: Dua buah rumah dan dua gerai musnah dalam kebakaran di Simpang Tiga Bukit Keteri dekat sini, Rabu.

Ketua Balai Bomba Arau Mohd Rahim Sulaiman berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.08 minit dan dua jentera dengan 18 anggota dari balai Arau dan Kangar dengan dibantu bomba sukarela berjaya mengawal kebakaran dalam masa lima minit.

Kerugian dianggar RM260,000 manakala punca kebakaran sedang disiasat, katanya di sini.

Sementara itu Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat negeri Mansor Jusoh dan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Mata Ayer Khairi Hassan melawat tempat kejadian. - BERNAMA

Artikel Berikut

3 Lemas Di Pantai Kota Tinggi

Artikel Lain