suria

Trafik Dari Utara ke Kuala Lumpur Sesak

KUALA LUMPUR: Keadaan trafik dari utara ke Kuala Lumpur semakin meningkat dan sesak di beberapa lokasi pada pukul 3.30 petang ini, menurut jurucakap Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus).

Beliau berkata trafik sesak dari utara menghala ke selatan sebelum Tol Juru, Pulau Pinang. Trafik juga sesak selepas kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Sungai Perak sehingga ke Terowong Menora menghala ke Ipoh kerana kawasan tersebut merupakan kawasan berbukit dan kembali lancar selepas terowong tersebut, katanya kepada Bernama.

Jurucakap itu berkata jumlah kenderaan dari Ipoh ke Tapah juga semakin banyak tetapi perjalanan masih lancar.

Beliau berkata terdapat satu kemalangan di KM84.8 arah selatan dari Gurun ke Sungai Petani, Kedah, bagaimanapun ia tidak mengganggu laluan trafik.

Sementara itu, trafik bergerak perlahan dari Senawang ke kawasan R&R Seremban, dan kenderaan semakin bertambah dari arah Ayer Hitam menghala ke Johor Bahru, katanya.

Keadaan trafik di semua jalan masuk ke ibu kota masih lancar dan pengguna lebuh raya dinasihatkan mengikut jadual perjalanan yang disarankan bagi mengelak kesesakan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

12 NGO Puas Hati Penjelasan NFC

Artikel Lain