suria

Penghuni Terkejut, Rumah Dirempuh Kereta Ketika Tidur

GEORGE TOWN: Sebuah rumah di Jalan Angsana di Bandar Baru di sini dirempuh kereta ketika penghuniya sedang tidur awal pagi Ahad.

Tan Teik Jin, 65, berkata beliau sedang tidur ketika itu apabila tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat di hadapan rumahnya kira-kira 2 pagi.

"Saya terkejut dari jaga dan kemudian melihat kereta Proton Wira saudara saya yang diletak di depan rumah saya telah melanggar pagar rumah saya hingga roboh.

"Saya tambah terkejut melihat sebuah lagi kereta Toyota Estima yang remuk di bahagian depan melekat di belakang kereta saudara saya itu," katanya kepada pemberita. Polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu.

Jurucakapnya berkata pemandu kereta Toyota berkenaan dikatakan gagal mengawal keretanya ketika melalui simpang berkenaan lalu merempuh kereta yang diparkir di hadapan rumah Tan.

Pemandu berkenaan dilaporkan baru tiba dari Kuala Lumpur untuk menyambut Tahu Baru Cina bersama keluarganya.

Dia cedera ringan dan mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang sebagai pesakit luar. Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Ahmad Baktiar Kassim mengesahkan kejadian itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain