Suhakam Pandang Berat Tindakan Universiti Gantung Pengajian Pelajar - Semasa | mStar

Suhakam Pandang Berat Tindakan Universiti Gantung Pengajian Pelajar

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pada Sabtu menyuarakan pandang berat terhadap keputusan universiti menggantung pengajian pelajar yang menyuarakan pendapat dengan dakwaan mereka telah memburukkan nama universiti dan mengganggu ketenteraman awam.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyekat hak asasi pelajar malah bertentangan dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (1971)(AUKU).

Katanya, cadangan pindaan tersebut antara lain akan membenarkan pelajar universiti berumur 21 tahun ke atas menggunakan hak kebebasan mereka bersuara, berhimpun dan berpesatuan dijaminan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharaan Hak Asasi Manusia Sejagat.

"Kesedaran terhadap ekonomi, sivil dan politik di kalangan pelajar universiti perlu dilihat secara positif bagi melengkap dan menambah pendidikan dan latihan formal sedia ada di universiti.

"Sebarang sekatan tidak munasabah ke atas penggunaan hak dan pengalaman berkenaan akan menidakkan pendidikan serta pengalaman yang amat penting dalam perkembangan mereka sebagai pemimpin masa depan," kata Hasmy dalam satu kenyataan di sini. Beliau berkata, pihaknya mengalu-alukan rundingan awal antara Kementerian Pengajian Tinggi dengan suruhanjaya itu, wakil pelajar dan pihak lain berkepentingan mengenai peruntukan kontroversi dalam AUKU. "Pihak Suruhanjaya berharap rundingan awam dan dialog terbuka selanjutnya dapat diadakan yang akan membolehkan pelajar memperoleh lebih banyak hak dan kebebasan. Pada 9 Januari lepas, penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abd Halim yang bertindak menurunkan bendera yang memaparkan wajah Perdana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah digantung pengajiannya tiga semester. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain