suria

Seorang Maut, Dua Cedera Nahas Di Lebuh Raya Pantai Timur

TEMERLOH: Seorang maut, manakala dua lagi cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas di km 112.1 Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor Mansur, mangsa yang dikenali sebagai Abdul Rahman Abdullah, 20, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

"Dua rakannya, pemandu kereta Muhammad Zulkfikar Nasaruddin, 21, dan seorang lagi yang belum dikenal pasti identiti, cedera dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam kejadian 5.15 petang Sabtu itu, kereta jenis Perodua Viva itu yang menghala ke arah Kuala Lumpur terbabas selepas tayar kiri bahagian belakang pecah.

"Kereta berkenaan kemudiannya terbabas ke dalam longkang di tepi lebuh raya berkenaan," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain