suria

Najib Hadir Majlis Terbuka Tahun Baru Cina Di P.Pinang

GEORGE TOWN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Marina Bay di sini Selasa ini.

Jabatan Penerangan Pulau Pinang menyatakan bahawa majlis rumah terbuka anjuran Barisan Nasional (BN) negeri itu akan turut dihadiri isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Majlis itu akan bermula pada pukul 5 petang hingga 7 malam, menurut kenyataan jabatan itu.

Pada sebelah malam, Perdana Menteri akan menghadiri Malam Pendekar 1Malaysia anjuran Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) di Anjung Times Square, Jalan Dato' Keramat di sini.

Baru-baru ini Mahaguru PSSLM Tan Sri Omardin Mauju dilaporkan berkata seramai 30,000 ahli persatuan seni mempertahankan diri daripada 40 badan bukan kerajaan dijangka menyertai program berkenaan.

Katanya malam Pendekar itu nanti akan menjadi 'gelanggang perpaduan' kerana setiap kaum akan menampilkan aksi masing-masing dalam pelbagai seni tempur, antaranya silat, silambam, taekwando dan karate. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain