suria

Motosikal Bertembung Lori, Dua Pemuda Maut

SUNGAI PETANI: Dua pemuda maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan lori di Batu 13, Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil di sini pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Superitendan Hashim Ali berkata, kejadian berlaku pada 8.05 pagi apabila motosikal dinaiki Muhamad Shamrin Rojali, 19, dan Mohamad Izhar Che Saad, 16, bertembung sebuah lori yang membawa tong ikan dari arah bertentangan setelah melalui selekoh tajam. "Motosikal datang dari arah Sungai Petani menghala ke Kuala Ketil dan ketika sampai di selekoh tajam, ia telah termasuk ke laluan lori di arah bertentangan.

"Penunggang dipercayai gagal mengelak sehingga berlaku pertembungan dengan bahagian depan sebelah kanan lori berkenaan," katanya kepada pemberita pada Ahad.

Hashim berkata, mangsa yang cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk dibedah siasat manakala pemandu lori ditahan untuk siasatan lanjut," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain