suria

MIC Mulakan Pendaftaran Ahli Secara Online Februari - Murugesan

KLANG: MIC akan memulakan portal pendaftaran anggota parti secara dalam talian bagi mempercepatkan lagi proses pengambilan anggota baru, kata Setiausaha Agungnya S. Murugesan.

Beliau berkata portal pendaftaran anggota secara dalam talian, yang akan dilancarkan dua minggu lagi, akan membantu parti untuk melakukan proses pengesahan lebih cepat berbanding dengan sistem manual, katanya.

MIC tidak dapat memproses permohonan anggota baru dalam tempoh dua bulan lepas kerana parti itu sibuk mengutip yuran keanggotaan, katanya kepada Bernama selepas menghadiri sesi dialog dengan penuntut institusi pengajian tinggi mengenai 'Aliran Baru ke Era Politik' di Kem Bina Negara Meru di sini, Ahad.

"Kira-kira 30,000 orang keturunan India Malaysia berminat menyertai MIC tetapi kami tidak dapat mereka pada tempoh itu kerana sibuk mengutip yuran keanggotaan," kata Murugesan.

Mengenai persediaan MIC menghadapi pilihan raya umum ke-13, beliau berkata parti itu telah menggerakkan anggotanya untuk menemui para pengundi di kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen serta mewujudkan pusat-pusat perkhidmatan di kawasan parti itu akan bertanding. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain