Hari Kelima Ops Sikap Catat 12 Kematian - Semasa | mStar

Hari Kelima Ops Sikap Catat 12 Kematian

KUALA LUMPUR: Ops Sikap ke-25 yang masuk hari keenam pada Ahad terus mencatat peningkatan dari segi jumlah kematian dengan 12 orang maut, menjadikan keseluruhan angka korban sebanyak 70 orang sejak operasi itu dilancarkan Isnin lepas.

Laman web Polis Diraja Malaysia melaporkan, daripada 12 kematian dalam 10 kemalangan, tujuh adalah pengguna kereta dan enam penunggang motosikal.

Daripada 1,535 kemalangan yang dilaporkan, 578 kemalangan berlaku di jalan perbandaran manakala jalan persekutuan (396), lebuh raya (238), jalan negeri (228) dan 95 kes bagi jalan-jalan lain.

Polis juga mengeluarkan 15,125 saman semalam, menjadikan jumlah terkumpul setakat enam hari operasi itu kini kepada 102,116 saman atas pelbagai kesalahan.

Ops Sikap ke-25 sempena Tahun Baru Cina itu akan berakhir pada 30 Jan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain