Umno Terengganu Siapkan Banci Pengundi Luar - Semasa | mStar

Umno Terengganu Siapkan Banci Pengundi Luar

BENTONG: Umno Terengganu telah menyiapkan bancian pengundi luar bagi mengenal pasti mereka yang layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Ahmad Said berkata menerusi bancian itu, pihaknya berjaya mengesan seramai 69,000 pengundi luar yang tidak pulang semasa pilihan raya lalu selain turut membuat bacaan sikap mereka.

"Kita ada semua maklumat perhubungan seperti nombor telefon, alamat tempat tinggal sebab kita nak hubungi mereka dan minta mereka pulang mengundi pada PRU 13 nanti," katanya ketika berucap pada majlis Penutupan Pemukiman Kepimpinan Umno Terengganu dekat sini, Sabtu.

Penutupan program tiga hari yang berakhir hari ini dilakukan oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan dihadiri 421 anggota parti.

Ahmad, yang juga Menteri Besar Terengganu, berkata bancian terhadap pengundi luar merupakan segmen penting bagi sesebuah parti dan ia tidak boleh dipandang ringan kerana golongan berkenaan berupaya menentukan kemenangan parti dalam pilihan raya.

Sehubungan itu, beliau meminta semua wakil rakyat sama ada di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri supaya menggunakan data dan maklumat pada bancian itu pada PRU 13 kelak. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Bersatu umum keluar Pakatan Harapan