suria

Tiada Biometrik PRU-13 - SPR

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan akan menggunakan sistem pengesahan pengundi secara biometrik pada masa akan datang walaupun ia tidak akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, sebaliknya suruhanjaya itu akan memberi tumpuan bagi menilai keberkesanan, kebaikan dan keburukan penggunakan dakwat kekal pada pilihan raya akan datang.

"Ini pertama kali kita akan gunakan dakwat kekal. Kita tidak ada pengalaman mengenainya," katanya kepada The Star pada Jumaat.

Tambah Abdul Aziz adalah mustahil bagi SPR untuk menggunakan kedua-dua kaedah iaitu sistem biometrik dan dakwat kekal pada satu masa kerana ia akan melibatkan kos yang tinggi.

"Tapi kita tak tahu. Kita mungkin tukar kaedah pilihan raya pada masa akan datang, tapi buat masa ini dakwat kekal telah dipersetujui untuk digunakan berbanding sistem biometrik," katanya.

Artikel Lain