suria

Tiga Terbunuh, Tiga Parah Nahas Lebuh Raya

IPOH: Tiga orang terbunuh dan tiga cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Km 253.3 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kuala Kangsar awal pagi ini.

Kejadian berlaku pada pukul 1.20 pagi tadi ketika kereta yang dinaiki mereka dalam perjalanan dari Selatan ke Utara.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supt Abdul Ghaffar Muhammad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan akan memberi kenyataan akhbar tengah hari ini berhubung kemalangan itu. BERNAMA

Artikel Lain