Polis Tahan 10 Anggota Sindiket Ah Long Di Sekitar Ibu Negara - Semasa | mStar

Polis Tahan 10 Anggota Sindiket Ah Long Di Sekitar Ibu Negara

KUALA LUMPUR: Polis menahan 10 lelaki anggota sindiket Ah Long dan merampas wang tunai RM21,000 dalam satu operasi di sekitar ibu negara, Khamis.

Mereka yang ditahan dalam operasi "Vulture" oleh Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman bermula pukul 12.30 tengah hari di sebuah premis di Jalan Ipoh itu terdiri daripada rakyat tempatan berusia antara 29 hingga 40 tahun.

Sejumlah besar dokumen seperti kad ATM, geran kenderaan, cek, salinan kad pengenalan, gambar-gambar (dipercayai milik peminjam) dan peralatan yang digunakan dalam menjalankan kegiatan 'Ah Long', dirampas dalam operasi itu, kata kenyataan Polis Diraja Malaysia di sini, Jumaat.

"Berdasarkan maklumat risikan yang diperolehi, sindiket ini didalangi seorang lelaki tempatan, yang dipercayai mempunyai pengaruh yang kuat serta mampu memperoleh jumlah peminjam yang ramai di sekitar Lembah Klang.

"Penangkapan anggota sindiket ini dipercayai dapat menyelesaikan beberapa kes berkaitan 'Ah Long' yang bergerak aktif di sekitar ibu negara," kata kenyataan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai kes itu diminta menghubungi Ketua Penolong Pengarah Operasi JSJK ACP Rohaimi Md Isa di talian 03-26163872. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Projek ERL Ke KLIA2 Dijangka Siap Okt Ini

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain