suria

Beberapa Laluan Di Lebuh Raya PLUS Dan NKVE Mulai Sesak

KUALA LUMPUR: Pergerakan trafik menghala keluar dari ibu negara mula perlahan lewat tengah hari Jumaat, berikutan warga kota beransur-ansur meninggalkan bandar raya ini sempena cuti umum Tahun Baru Cina yang disambut Isnin ini.

Jurucakap PLUSLine ketika dihubungi, berkata berlaku peningkatan trafik di beberapa lokasi di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE).

Antara laluan yang dilapor bergerak perlahan ialah dari Shah Alam ke Damansara, Kota Damansara ke Bukit Lanjan dan arah bertentangan dari Kota Damansara ke Subang.

"Trafik turut meningkat dan perlahan dari Slim River ke Sungkai, dari Plaza Tol Sungai Besi hala Kuala Lumpur, sebelum Plaza Tol Juru Pulau Pinang untuk ke selatan serta dari Senai Utara ke Kulai, Johor serta kedua-dua hala di Sungai Buloh.

"Trafik juga mulai meningkat dari Nilai menuju ke Seremban namun pergerakan masih lancar," katanya.

Sementara itu, laman web Lembaga Lebuhraya Malaysia melaporkan aliran trafik tinggi dari Plaza Tol Sungai Dua ke Bertam dan Seberang Jaya ke Plaza Tol Juru. - BERNAMA

Artikel Lain