suria

Sekumpulan Guru Bahasa Inggeris Fullbright Kunjungi Najib

PUTRAJAYA: Sekumpulan guru Bahasa Inggeris Fullbright dari Amerika Syarikat pada Khamis membuat kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di pejabatnya, di sini.

Turut hadir dalam pertemuan itu, ialah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) itu yang tiba di Kuala Lumpur pada 4 Jan, akan ditugaskan ke Johor, Pahang dan Terengganu selama 10 bulan bermulai 31 Jan.

Dalam ucapannya, Najib berkata hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat, semuanya adalah mengenai menusia.

"Semuanya mengenai kita, rakyat Malaysia dan Amerika yang mahu bekerjasama, yang mahu bertukar-tukar mengenai apa jua kekuatan yang kita ada. Apa cara yang lebih baik daripada dalam bidang pendidikan kerana pendidikan merupakan satu perkara yang benar-benar membawa perbezaan," katanya.

Program ETA meningkat tiga kali ganda tahun ini berdasarkan kepada perkongsian komitmen Presiden Amerika Barack Obama dan Perdana Menteri bagi memperluaskan program pertukaran rakyat dengan rakyat antara Amerika dan Malaysia.

Najib berkata Malaysia memberikan penekanan kepada bahasa Inggeris kerana ia amat penting bagi rakyat Malaysia untuk mempunyai daya saing.

"Ia akan menjadi langkah penting ke arah itu kerana apabila kita ada rakyat Amerika mengajar anak-anak kita, saya yakin anak-anak kita akan lebih bermotivasi dan mendapat inspirasi," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain