suria

Khalid Lantik Pegawai Khas Pantau Pembaikan Jalan, Parit

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang, Gan Pei Nei dan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Semesta Sdn Bhd, V. Ganabatirau pada Khamis dilantik sebagai pegawai khas bagi menjalankan tugas portfolio Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pelantikan yang berkuat-kuasa serta merta itu bagi memastikan penyelarasan kerja-kerja pembaikan jalan dan parit yang dikelola Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) berjalan lancar.

Pelantikan Gan dan Ganabatirau dibuat bagi menjalankan tugas portfolio berkenaan yang kini dipengerusikan Abdul Khalid selepas berlakunya rombakan kecil Exco Kerajaan Negeri Selangor pada Selasa, demikian menurut kenyataan media Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar di sini.

Menerusi rombakan berkenaan, menyaksikan Abdul Khalid mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam daripada Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang digugurkan baru-baru ini selepas dipecat oleh PAS.

Manakala Adun PAS dari Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti itu bagi menggantikan Hasan, dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain