suria

Kerajaan Lantik Firma Perunding Audit NFC

PETALING JAYA: Kerajaan akan melantik firma perunding untuk mengendalikan proses pengauditan terhadap projek ternakan lembu yang sebelum ini diuruskan oleh Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, ia akan melibatkan kewangan projek, penggunaan dana dan pengurusan.

“Ini untuk melindungi kepentingan Kerajaan, dan tugas ini dijangka akan dimuktamadkan dalam tempoh sebulan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Kerajaan telah memberi pinjaman sebanyak RM250 juta kepada syarikat berkenaan untuk melaksanakan projek tersebut di mana sejumlah RM181 juta telah digunakan.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lalu menunjukkan bahawa projek itu tidak memenuhi sasaran yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Ia melaporkan bahawa projek RM74 juta NFC di Negeri Sembilan tidak diuruskan dengan baik dan menghasilkan 3,289 ekor lembu yang merupakan hanya 41.4 peratus berbanding sasaran yang ditetapkan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain