Kedudukan PAS Di Selangor Tidak Terjejas Ekoran Pemecatan Hasan Ali - Semasa | mStar

Kedudukan PAS Di Selangor Tidak Terjejas Ekoran Pemecatan Hasan Ali

KOTA BAHARU: Kedudukan PAS dalam kerajaan pakatan pembangkang di Selangor tidak terjejas berikutan pemecatan bekas pesuruhjaya PAS negeri itu Datuk Dr Hasan Ali baru-baru ini.

Penolong Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata PAS masih mempunyai tiga anggota Exco dalam kerajaan negeri Selangor dan mereka mampu menguatkan kedudukan parti.

"Walaupun portfolio Hal Ehwal Islam disandang oleh Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim), tetapi tugas itu boleh dibantu oleh ketiga-tiga Exco berkenaan jika diperlukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Koleksi Warisan Cina sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2012 di sini, Khamis.

Takiyuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Kelantan, berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Mohd Satim Diman bahawa keputusan tersebut menggambarkan kedudukan PAS dalam pakatan pembangkang negeri itu hanya sekadar penumpang dan tidak diyakini oleh rakan yang lain.

Sebelum digugurkan Hasan memegang portfolio Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.

Pada Rabu, Anggota Dewan Undangan Negeri Sijangkang yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Langat, Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik menggantikan Hasan, dengan portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan negeri. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain