suria

Budak Lelaki 12 Tahun Lemas Terjatuh Lombong Ketika Memancing

KUALA LUMPUR: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun ditemui mati lemas dalam lombong berdekatan kawasan Rehat dan Rawat Awan Besar di Lebuhraya Kesas menghala ke Shah Alam pada Rabu.

Penolong Kanan Penguasa Bomba, Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil, Shaari Abdullah berkata, mayat Ikmal Rizal Amir ditemui anggota unit penyelam pukul 6.10 petang selepas menerima panggilan kecemasan daripada rakan mangsa pada 4.30 petang.

Beliau berkata, mangsa yang tinggal di Blok A, Projek Perumahan Rakyat Kampung Muhibbah, Batu 6 1/2, Jalan Puchong itu dipercayai tergelincir ketika memancing bersama lima rakan lain.

Mayatnya ditemui di dasar lombong yang berkedalaman sembilan meter dari tebing tempat mangsa dipercayai tergelincir.

"Mayat kanak-kanak itu kemudiannya dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain