Aset Pertahanan: Pembangkang Jumpa Zahid - Semasa | mStar

Aset Pertahanan: Pembangkang Jumpa Zahid

PETALING JAYA: Pemimpin pembangkang akan mengadakan pertemuan khas dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid bagi membincangkan mengenai pembelian aset-aset dalam inventori pertahanan negara.

Pembangkang akan diwakili Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua; Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.

Pertemuan tersebut akan diadakan di Wisma Pertahanan pada pukul 3 petang Khamis.

Antara perkara utama yang bakal dibangkitkan pembangkang menerusi pertemuan tersebut ialah mengenai dakwaan Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara sebelum ini mengenai pembelian kapal rondaan pesisir pantai (LCS).

Pua sebelum ini mendakwa bahawa harga kapal LCS telah meningkat melambung kepada RM9 bilion daripada RM6 bilion sebaik sahaja tender pembinaan enam LCS diberi kepada Boustead Naval Shipyard (BNS).

Sebelum ini Ahmad Zahid pernah menafikan berlakunya penyelewengan terhadap pembelian mana-mana aset termasuk LCS dan beliau sedia menjawab segala persoalan dan tuduhan yang dibangkitkan pembangkang.

Beliau juga pernah mencabar Pua dan mana-mana pihak yang mempunyai bukti penyelewengan berhubung pembelian inventori pertahanan negara agar melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Pertemuan yang bakal diadakan petang ini juga atas pelawaan Ahmad Zahid Disember lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain