suria

Proton Perlu Dengar Taklimat Lotus Dahulu Sebelum Buat Keputusan Masa Depan Unit Itu

SHAH ALAM: Syarikat pemasang kenderaan Malaysia DRB-Hicom Bhd hari ini berkata ia akan bersikap terbuka berhubung penjualan unit kereta sport Proton Holdings Bhd, Lotus tetapi menolak kemungkinan penjualan ekuiti Proton.

DRB-Hicom memperoleh 42.74 peratus pegangan ekuiti dalam Proton semalam.

Pengarah Urusan, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil berkata, pihak syarikat akan bertemu dengan pengurusan Lotus secepat mungkin dan menjalankan kajian usaha wajar sebelum membuat sebarang keputusan.

"Kami perlu berbincang dengan pengurusan Lotus dan melihat rancangan mereka sebelum membuat sebarang keputusan," kata beliau pada taklimat media di sini, Rabu.

Proton membeli Lotus pada 1996.

"Jika dilihat pada rekod saya, saya tidak menjual syarikat, tidak pernah dalam rancangan kami untuk menjual sebarang ekuiti," kata Mohd Khamil.

Rancangan sekarang ini ialah menjadikan syarikat itu persendirian, kata beliau.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain