suria

Nelayan Diberkas Edar Heroin

KUANTAN: Seorang nelayan yang dipercayai pengedar dadah kecil-kecilan ditahan di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kemunting di sini petang Selasa.

Polis menemui satu paket yang dipercayai mengandungi serbuk heroin seberat 57 gram bernilai RM4,600 daripadanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Supt Yap Thoon Kuan berkata suspek pernah ditahan dan dijatuhi hukuman penjara kerana memiliki dadah sebelum ini.

Suspek turut didapati positif morfin, katanya kepada pemberita.

Suspek kini ditahan reman selama seminggu untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain